Monday, December 21, 2009

Penggunaan Bahasa Melayu

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar ? Harapan saya agar semuanya sihat. Pada setiap masa kita sentiasa bertutur walau di mana saja kita berada. Mengapa kita bertutur? Kita bertutur untuk berkomunikasi dengan orang lain. Selain itu, bertutur juga bertujuan untuk menyampaikan maklumat, memberi arahan, mengajar, bercerita, memberi nasihat, berceramah dan lain-lain lagi. Apakah bahasa yang kita guna semasa kita bertutur? Sudah tentu Bahasa Melayu kerana SATU BAHASA SATU MALAYSIA.